2.5 Perbezaan aplikasi teori pembelajaran dalam kurikulum bilik darjah

 


PERBANDINGAN APLIKASI TEORI PEMBELAJARAN DALAM KURIKULUM BILIK DARJAH


 

Ciri-ciri

Teori pembelajaran behaviorisme

Teori pembelajaran kognitivisme

Teori pembelajaran konstruktivisme

Objektif pembelajaran

Guru tentukan keperluan, pengetahuan, kemahiran dan perilaku murid.

Guru menyediakan rujukan keperluan, murid mempelajari melalui modul skema.

Murid menerima pengetahuan sendiri berdasarkan pengetahuan sedia ada.

Isi pembelajaran

 

Membina kompetensi dan penguasaan pelbagai kemahiran mengikut objektif yang telah ditetapkan.

 

Murid belajar menggunakan skema contoh yang dinyatakan oleh guru.

Pengetahuan mengenai topik adalah dibina sendiri oleh murid dibantu oleh pemantauan guru.

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran

Berpusatkan guru

Berpusatkan murid

Berpusatkan murid dan bahan

Penglibatan guru

Guru aktif

Guru pasif

Guru aktif

Pembelajaran murid

Murid pasif

Murid aktif

Murid aktif

Pentaksiran

Penilaian sumatif

-Penilaian sumatif

-kemahiran insaniah

-Penilaian sumatif

-kemahiran insaniah

Falsafah pembelajaran

-Murid boleh dibentuk mengikut objektif dan kehendak guru.

-Murid dimanipulasi

-Perubahan adalah berdasarkan pilihan murid mengikut faktor persekitaran.

-Murid diajak berfikir,membentuk konsep dan mencipta.

-Murid mempunyai kehendak dan keupayaan sendiri dan guru pemudahcara.

-Murid mengalami dan belajar menyelesaikan masalah di situasi sebenar.

 

Keberkesanan

Teori ini menjadi lebih berkesan apabila guru telah bersedia:

 

-menyediakan matlamat

-objektif pengajaran.

-analisis tugasan yang spesifik, realistic dan boleh dicapai sebelum aktiviti pembelajaran pembelajaran dan pengajaran bermula.

Teori ini dapat dilihat sekiranya seseorang guru berupaya mempersembahkan sesuatu maklumat umum tentang sesuatu topik sebelum masuk kepada maklumat yang lebih khusus. 

         murid boleh mengenal sesuatu konsep di dalam sesuatu topik. 

 

Teori ini menjadi lebih berkesan sekiranya seseorang guru berupaya memilih pelajar yang sudah menguasai sesuatu kemahiran dalam sesuatu topik untuk mengajar rakannya yang lain. 

 

Contoh

Guru akan memperincikan tugasan yang telah dirancang dengan membantu murid aras sederhana dan lemah bagi menguasai kemahiran tersebut langkah demi langkah.

 

 

Murid perlu memahami konsep jenis haiwan yang hidup di darat dan air sebelum mengenal haiwan tersebut sama ada berdarah panas atau sejuk. 

 

 

Guru akan memilih beberapa orang pelajar yang sudah memahami dan menguasai topik pecahan dalam matematik kepada beberapa kumpulan untuk membimbing murid yang masih belum menguasai topik pecahan


Comments

Popular posts from this blog