2.1 Pengenalan 2.2 Pengertian teori, teori kurikulum dan teori pembelajaran
2.1 Pengenalan
2.2 Pengertian Teori, Teori kurikulum dan
Teori Pembelajaran
Konsep & dan Pengertian Teori Kurikulum
Perkara |
Huraian |
Teori
|
Teori
merupakan sesuatu yang menjelaskan tentang sebuah sistem mengenai bagaimana
sesuatu fenomena beroperasi dan mengapa fenomena itu terjadi seperti
itu.(Johson &Christensen,2011). |
Teori
Pembelajaran |
Teori Pembelajaran ialah penjelasan tentang
cara manusia dan haiwan belajar (Noriati,Boon &Sharifah
Fakhriah,2009).Teori pembelajaran berusaha untuk menjelaskan cara manusia
belajar dan memberi cadangan cara menyelesaikan pembelajaran.Di samping
itu,ahli-ahli psikologi Pendidikan telah mengkaji bagaimana pembelajaran
berlaku dan menghasilkan beberapa teori.Contoh Teori Pembelajaran
Behaviorisme,teori pembelajaran kognitisme dan teori pembelajaran
konstruktivisme. |
Teori Kurikulum |
Konsep-konsep teori kurikulum iaitu sebagai
suatu penyataan yang memberikan makna terhadap kurikulum.Makna tersebut wujud
di sebabkan adanya penegasan hubungan antara unsur-unsur kurikukum,adanya
petunjuk perkembangan,penggunaan,dan penilaian kurikulum. -- Tiga tugas utama teori kurikulum: (1)
Mengenalpasti masalah yang muncul dalam pengembangan kurikulum dan
konsep-konsep yang mendasarinya (2) menentukan hubungan antara
masalah-masalah tersebut dengan struktur yang menyokongnya,(3) mencari atau
meramalkan pendekatan untuk menyelesaikan masalah tersebut.(Mohd Daud
Hamzah).Contoh :Teori kurikulum disiplin mental,teori kurikulum saintifik,teori
kurikulum fungsional dan teori kurikulum berasaskan teori sekolah. |
Teori Kurikulum Disiplin Mental |
Menggunakan logik psikologi indera
sebagai asas huraian. Akal mempunyai otot yang terdiri daripada indera ingatan,khayalan,penaakulan,kehendak,pemerhatian,dan
sebaliknya. c) Fungsi sekolah ialah untuk membina perkembangan otot akal manakala
fungsi kurikulum ialah untuk memperhaluskan keupayaan otot akal. |
Teori
Kurikulum Saintifik. |
a) Pengasas :Bobbit. b) Logik:Sekolah merupakan kilang
yang memproses input bagi menghasilkan output.Murid sebagai bahan mentah dari
output yang bersedia memikul peranan masing-masing.Manusia seoalah-olah
seperti barangan keluaran industri. c) Pembahagian kurikulum: perlu
dibuat dengan merujuk kepada peranan orang yang berlainan kelas sosial
masing-masing. d) Kekuatan : Guru-guru boleh
mereka bentuk kurikulum sendiri.Sekolah dapat memproses murid supaya menjadi
output yang bersedia &dan berupaya memikul peranan masing-masing dalam
kehidupan. |
Teori Fungsional |
a) Pengasas:Durkheim&Parson. b) Fungsi sosial dalam sistem. c) Sekolah berfungsi memasyarakatkan kanak-kanak
untuk menghayati ciri sejagat budaya masyarakatnya serta diorientasikan
kepada pelbagai nilai dan budaya yang berkait rapat dengan peranan
pekerjaannya pada masa hadapan. d) Pembahagian kurikulum:Kurikulum dibahagikan
kepada berbagai bidang/program bagi melahirkan tenaga terlatih yang dapat
memenuhi petak pekerjaan. e) Kurikulum mestilah dapat memenuhi tuntutan
masyarakat yang agar generasi muda dapat menerima budaya masyarakat yang
wajar agar sebagai bekalan mereka dewasa. |
Teori Berasaskan Sekolah |
a) Pengasas:Dewey,Macdonlad,Saylor&Alexander. b) Morfogenesis-konflik struktur sosial.Gabungan
dominan vs golonggan penyanggah. c) Sekolah berfungsi untuk mengukuhkan golongan
dominan(kuasa,pekerjaan&kekayaan. d) Pembahagian kurikulum:Kurikulum sebagai alat
kawalan sosial dan mengekalkan keuntungan golongan dominan. e) Pelbagai jurusan/program diadakan untuk
membahagikan kurikulum kepada murid-murid yang berbeza dari segi induvidu. f) Pelbagai syarat dikenakan untuk menempatkan
murid tertentu ke dalam jurusan/program tertentu. |
Comments
Post a Comment